:: Album Gambar Ana

::Berkelah Bersama Keluarga:.

Sungai pa tah ana tak tau nama. Ana sekeluarga pergi berkelah. Kami pergi awal pagi. Waktu tuh tak de orang so banyak pilihan tempat boleh. Ana tukang pasang kemah je. Ana berkelah dalam keadaan risau, coz kita bukan tau ajal kita bila kan? Oleh itu ada duk ingat lupa Allah silih berganti. Kami bakar ayam, sosej, udang, dan sotong. Ana bila menyertai program cam nih, ana terus terfikir bahawa waktu inilah kita nak lihat siapa yang mementingkan diri iaitu tak tolong orang buat kerja dan cuma tunggu sip dan makan. Ana geram betul (dalam hati) siapa lah nak tangkap gambar ana. Tapi tak pe lah. Itu tak penting. Yang penting adalah cuba tolong orang. Yang besnya dapat amik gambar dengan mak! huh best betul! Ana berkenalan sikit dengan mak ana. Rupanya betapa tukang jahitnya mak ana, dia tak pernah main air sungai sebab terlalu fokus kepada menjahit sejak kecil. Kami balik dah tengah hari dalam pukul 11 lebih. Waktu tuh baru orang ramai. Kami rancang nak pergi KLCC plak taqpi cuaca tidak mengizinkan, kami terus balik....

:Pengalaman Buat Donat:

Alhamdulillah..Allah izin ana bukan setakat dapat belajar multimedia malah dapat belajar buat kuih "donat". Ada kursus memasak ke kat KTD? Ana nak masak donat tak reti so..hubungi mak ana. Mak ana ajar sepontan je la. Apa lagi setelah mendapat sedikit gambaran, ana terus gunakan teknik "cuba semua kesilapan". Kali pertama keras. Kesannya bila nak uli merah tangan! Kali kedua, lembut sedikit. Kali kediga? Masya-Allah! Sedap! Sangat lembut. Tetapi kali keempat keras balik. Huh..Susah ke?Ok..mari kita mencuba..belum cuba belum tau.


:Pengalaman Baiki Komputer:

Pada mulanya kalo nak ikut hati nak buat macam kedai tambahan pula ana nih dah laa tak berduit sangat. Kurang-kurang pun sekali baiki RM5 jadi laa kan. Tapi Bagi ana itu sajalah cara untuk ana membantu rakan-rakan. Selain itu ana boleh jadikannya sebagai jalan untuk da'wah. oleh itu, ana buat secara percuma sahaja tetapi untuk lelaki sahaja. Untuk perempuan tetap kene bayar RM1 - RM5. Tapi yang syok nya pelajar-pelajar perempuan kata "murahnya". Alhamdulillah.

:: Mataku Hanya Ada Satu

study bersama rakan di perpustakaanAna takut ana sanjung manusia tetapi di benci Allah, maka ana berjauhan dengan manusia dan menonjol pada bahagian yang ana mampu. Mata pelajaran "Pengenalan Kepada Multimedia " menetapkan kami melaksanakan projek pembangunan aplikasi multimedia menggunakan perisian Macromedia Director. Ana tak reti langsung. Untuk menundukkan rasa angkuh, ana terus bertanya kepada sesiapa yang reti suapaya diriku dapat berkata:
"Allah mencipta sesuatu itu memerlukan antara satu sama yang lain".
Ana bertanya dan ana belajar. Ana melaksanakan projek dengan bantuanserba sedikit dari ahli kumpulan ana iaitu Taqiyuddin dan Muaz. Mereka nih memerlukan arahan atau suara meminta tolong baru mereka boleh tolong. Mungkin sebab ana punya idea 100%. Lgi pun ana tak reti langsung nak ajak orang dan berbincang. Hari ke hari ana melaksanakannya. Ana suka pinjam notebook kawan kerana ana lihat masa banyak terluar ketika sedang menuggu bas dan ketika menaiki bas pulang ke asrama. Tambahan pula ketika tiada kelas. Itu berlaku hanya di kolej bukan di asrama (meminjam notebook). Coz ana ada PC sendiri di asrama. Habis beberapa bulan belajar, ada abang cerita kat ana tentang aura negatif yang meletus antara senior dan pensyarah, seperti berikut;
  • Pensyarah 1: "Saya tek pernah tengok seorang pelajar yang present simple dan menarik seperti dia".
  • Pensyarah 2: "tapi dia tuh, bila saya cakap macam semua dia tahu, macam...belagak laaa"
  • Senior: "aku nak tengok sejauh mana kehebatan dia"
Ana dengar dgn tenang...selepas tuh??... Ana terus menangis. Ana tak sangka..perangai ana macam tuh. Macam nak berjaya kalo pensyarah tak suka (takdapat berkat)...ok itu. Baru2 nih ana ada rapat dengan seorang tuh. Dia kata: "ana ada dengar juga orang kata anta nih kedekut ilmu..tapi lepas anta mengajar mereka Director..pandangan mereka dah lain". Ana cukup tak sangka..sebab ana memang malas nak tengok rakan sebab banyak diantara mereka yang suka menyakat pelajar perempuan (siswi) dan mendekati mendadak. Bila ada kelas.. ana akan duduk depan sekali utnuk fokus tanpa melihat mereka. dan apa bila habis ana akan terus ke surau kalo boleh solat atau tidur .. atau tunggu bas untuk balik. rupanya begitu jadi nya. pastu ada laaa beberapa lagi tapi ana tak ingat plak. Akhir kalam ku:
"Wahai rakan-rakan seperjuangan ku, maafkanlah diri ini. Tiada yang lebih hebat melainkan Allah S.W.T"